Umum suda mengetahui bahawa sukan asia 2010 kali ini sedang giat diadakan di Guangzhou,China..actually saya sangat berminat dengan suma acara yang dipertandingkan..skuasy,boling,hoki,renang,terjun etc..tapi tu la..keadaan ta mengizinkan saya untuk buat semua itu..(ke aku yang malas)..hehe..
saya sangat suka melihat atlet2 kita betanding dan berhempas pulas untuk meraih pingat sekurang2nya gangsa untuk negara..saya rasa saya yang terlebih semangat dan membayangkan saya yang menjadi atlet2 itu suma..hehe..galak..
pada saya,atlet2 kita adalah atlet2 yang bertaraf dunia..masakan tidak..setiap kali sukan asia or sukan komanwel diadakan..negara Malaysia mampu menempatkan diri dalam kedudukan 10 negara terbaik dan kadang2 5 negara terbaik..see..ingat senang ke nak dapat pingat walopun gangsa..
saya juga sangat marah dan tersinggung apabila orang2 mengatakan yang atlet kita ini bodoh,tatawu main n ayat ini sudah biasa kedengaran apabila atlet itu tidak mampu melawan pihak lawan..
"bodoh la..tak tawu main tak payah main la..buat malu aje"
hei orang di luar sana..ingat senang ke nak dapat pingat..cuba korang pegi main aku nak tengok..dapat ke tidak pingat emas..mengata pandai tapi bila main habuk pon tada..fikir la..ingat senang ke nak lawan..kalo diorang bertanding dengan korang dah tentu2 la diorang bley menang..siap boleh dapat pingat lagi..tapi nie diorang bertanding peringkat asia..ramai lagi atlet2 lain..dah tentu la ada sedikit kekurangannya..ta payah la sedih sangat..at least kita da ada 7 pingat emas sekrang nie..sedikit lagi nak mencapai sasaran..
atlet2 kita bukan bla abes je sukan mereka bersuka ria,masuk pub or bar and melompat2 sana sini..mereka dipaksa untuk berlatih setiap masa pagi petang siang malam untuk mengekalkan stamina masing2..dan mereka juga stres dan sampai gugur rambut diorang..(rambut gugur tu aku yang tambah..hehe..mana tawu btul)mikir macamana nak dapat kekalkan stamina n tajamkan lagi skil..
so aku harap wahai rakyat2 Malaysia..sokonglah atlet2 kita walopon hanya satu pingat dibawa pulang..(aku tawu Malaysia mampu bawa pulang lebih..)janganlah memperlekeh n mempersendakan diorang setelah mereka penat mendapatkan pingat..k..
buat atlet2 Malaysia untuk sukan : skuasy,renang,terjun,badminton,boling,ekuastrian,hoki,rugbi,karate,bola tambar,bola sepak,lari pecut,lompat bergalah,berbasikal,memanah,menembak..(sekadar menyenaraikan beberapa nama..kalo aku ta tulis tu maaf yer..sebenarnya nak tulis tapi terlupa lak..hehe)..kuatkan semangat anda..pedulikan apa orang kata dan fokuskan untuk meraih banyak lagi pingat untuk sukan kali ini ataupon masa akan datang..MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!!
p/s : setakat ini Malaysia berada di tangga ke-9 kalau tak silap..jadi sama2lah kita berdoa agar kita boleh meraih banyak lagi pingat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan